Penyokong Pas sekolahkan Hadi Awang isu minyak
Hantaran Facebook Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa rakyat “ditipu” kerajaan susulan kenaikan harga minyak di Semenanjung, mengundang kritikan daripada sebahagian penyokongnya sendiri.
Abdul Hadi mendakwa, tiada sebab untuk Malaysia menaikkan harga minyak di Semenanjung, sedangkan harga bahan api di Sabah dan Sarawak masih lagi pada kadar yang sama.
Perkembangan itu membangkitkan kemarahan penyokong sendiri yang mula mempersoalkan naratif dibawa pimpinan Pas, terutama apabila isu global yang jelas memberi kesan kepada negara lain cuba dipolitikkan secara berlebihan.
Mereka meminta Abdul Hadi untuk tidak menafikan fakta bahawa penutupan Selat Hormuz telah menjejaskan banyak negara yang menyebabkan harga minyak mentah dunia mencanak naik.
Penyokong juga meluahkan rasa kecewa melihat kualiti hujah Presiden Pas yang dianggap cuba menyalahkan kerajaan semata-mata.
“Aku undi Pas tapi kenyataan ini buat aku rasa macam parti dah ‘lost touch’ dengan realiti,” komen Mohd Azril.
“Dulu aku bangga dengan Pas. Sekarang bila dengar kenyataan macam ini, jujur aku rasa down. Tak matang langsung,” kata Ahmad Puad.
“Aku ahli Pas lama tapi kali ini tak boleh pertahankan. Isu global pun nak spin salah kerajaan? Malu weh,” tulis Zaid.