Ini sebabnya Thailand fokus diesel, Malaysia pilih petrol

Oleh SYAHIR

Harga diesel di Thailand turun tapi harga Petrol tak berubah.

Kenapa?

Kerana penggunaan Diesel di Thailand lebih tinggi berbanding Petrol.

Penggunaan purata sehari Thailand:

Diesel: 65 juta liter (67.2%)
Petrol: 31.7 juta liter (32.8%)

Berbeza dengan Malaysia penggunaan Petrol lebih tinggi daripada Diesel.

Penggunaan purata sehari Malaysia:

Diesel: 38.6 juta liter (42.2%)
Petrol: 52.9 juta liter (57.8%)

Sebab itu Kerajaan Thailand fokus pada Diesel, Kerajaan Malaysia fokus pada Petrol (RON95) dengan harga RON95 bersubsidi di bawah BUDI95 kekal pada harga RM1.99.

Harga petrol di Thailand 43.95 Baht (RM5.47) berbanding harga tanpa subsidi RM4.27 di Malaysia walaupun lepas naik 40 sen hari ini.

Di Malaysia untuk pengangkutan awam, pengangkutan barangan, nelayan (RM1.65 hingga RM2.15) tetap dapat harga bersubsidi yang lebih murah berbanding Thailand.

Di Thailand, pengangkutan awam, pengangkutan barangan, nelayan semua kena bayar harga yang sama seragam kepada semua sektor 48.40 Baht (RM6.02) seliter.

Bukan nak bandingkan, hanya nak bagi pemahaman perbezaan bagaimana Kerajaan Malaysia dan Thailand urus harga dan bekalan minyak dalam krisis tenaga paling buruk dalam sejarah yang kita sedang harungi.

BACA JUGA Shell akuI kemungkinan ada stesen terputus bekalan