Nak jimat bil elektrik? Ini rahsia skim ToU yang ramai dah guna

Skim Time of Use (ToU) merupakan langkah praktikal untuk menjimatkan bil elektrik serta memperkukuh kecekapan penggunaan tenaga negara dalam menghadapi ketidaktentuan harga tenaga global.

Kerajaan menggalakkan rakyat beralih kepada skim ToU, yang setakat Februari lalu telah mencatatkan seramai 128,868 pengguna.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan rakyat semakin sedar mengenai kepentingan pengurusan tenaga yang lebih efisien.

Menurut PETRA, orang ramai digalakkan mempertimbangkan migrasi ke Skim ToU bagi memanfaatkan struktur tarif lebih fleksibel serta menjadikan penggunaan tenaga sebagai amalan harian yang lebih bijak.

“Skim ToU memberi peluang kepada pengguna menikmati kadar tarif elektrik yang lebih rendah pada waktu luar puncak berbanding waktu puncak, sekali gus membolehkan penjimatan melalui perubahan corak penggunaan harian,” menurut kenyataan itu.

Pendekatan penggunaan tenaga secara lebih bijak melalui ToU memberi peluang kepada pengguna menikmati kadar tarif elektrik lebih rendah pada waktu luar puncak berbanding waktu puncak.

Hal tersebut sekali gus membantu penjimatan melalui perubahan corak penggunaan harian.

Waktu puncak melibatkan tempoh permintaan elektrik tinggi iaitu mulai pukul 2.00 petang hingga 10.00 malam pada hari bekerja dengan kadar tarif yang lebih tinggi.

Sementara itu, waktu luar puncak melibatkan tempoh permintaan rendah seperti waktu malam hingga pagi, hujung minggu dan cuti umum dengan menawarkan kadar tarif lebih rendah.

Skim ToU membolehkan pengguna mengalihkan aktiviti berintensiti tenaga seperti penggunaan penyaman udara, mesin basuh, pemanas air serta pengecasan kenderaan elektrik ke waktu luar puncak bagi memaksimumkan penjimatan.

“Pendekatan ini bukan sahaja membantu mengurangkan bil elektrik, malah menyumbang kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan mampan,” menurut kenyataan PETRA itu lagi.

@ecentral.my

Skim Time-of-Use (ToU) TNB menggalakkan anda menjadi pengguna yang lebih cekap menggunakan tenaga elektrik. Rancang penggunaan anda di luar waktu puncak untuk nikmati kadar tarif yang rendah. #skimtimeofuse #timeofuse #jimatelektrik #tipsjimatelektrik #tarifelektrik #tarifelektriknaik #tarifelektrikbaru #tnbmalaysia

♬ original sound – eCentral – eCentral

BACA JUGA Dakwaan Hadi diperbetul: ‘Umat Islam parti Pas yang terus ditipu’