Kerajaan nafi diesel 329,000 tong ke Filipina dari Malaysia

Kerajaan menafikan laporan media Filipina yang mendakwa sebanyak 329,000 tong diesel dihantar dari Malaysia ke negara itu.

Pasukan Pengurusan Krisis, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berkata, semakan awal mendapati bahan api berkenaan bukan berasal dari Malaysia.

“Semakan awal mengesahkan diesel tersebut bukan berasal daripada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara berkenaan.

MTEN turut menggesa masyarakat merujuk kepada sumber rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Isu berkenaan timbul susulan laporan media Filipina mengenai penghantaran sejumlah besar diesel yang didakwa dari Malaysia, sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial.