Amerika pula nak buat kerja Iran tutup Selat Hormuz, tapi ada 4 sebab ia mungkin gagal

OLEH NIK HASYUDEEN

Setelah perundingan di antara Amerika dan Iran di Islamabad gagal mencapai persetujuan, Presiden Amerika Donald Trump mengumumkan bahawa tentera laut Amerika akan menghalang mana-mana kapal yang memunggah barangan dari pelabuhan Iran untuk memasuki atau keluar dari selat berkenaan.

Oleh kerana China merupakan pembeli utama minyak Iran, tindakan ini adalah serampang dua mata untuk menghalang Iran dan menyekat bekalan minyak China sekali gus.

Sudah tentu Iran boleh melakukan perkara yang sama kepada kapal-kapal lain, terutamanya rakan-rakan baik Amerika dan Israel yang menyerang Iran.

Ingat lagi ugutan Prof. Marandi bahawa Perang Iran akan menyebabkan harga minyak naik sehingga $200 setong? Nampaknya ia boleh terjadi dengan tindakan Amerika ini.

Kita tunggu reaksi pasaran tenaga dan juga kewangan apabila dibuka pagi ini. Sekiranya ianya naik memuncak dan menyebabkan pengundi di Amerika membayar harga minyak yang lebih mahal, adakah Trump akan TACO lagi?

Di samping itu dilaporkan Amerika menerbangkan banyak kargo ke Asia Barat termasuk Israel. Adakah ini merupakan tanda Amerika dan Israel mahu menyambung peperangan? Iran juga dilaporkan mendapat bantuan dari China di ketika peperangan terhenti seketika.

Ramai pemerhati menjangkakan bahawa sekatan tentera laut Amerika ini tidak akan menjadi. Ada beberapa sebab:

  1. Selama ini pun mereka tidak berani berada di dalam jarak peluru berpandu Iran. Mereka berada jauh dari pantai.
  2. Negara-negara yang kuat seperti Russia dan China boleh menghantar tentera laut masing-masing untuk menjaga kapal-kapal mereka. Amerika nak berperang dengan Russia dan China pula?
  3. Rakan-rakan Amerika seperti Eropah, Korea dan Jepun akan merana kerana bekalan minyak dan gas mereka sudah agak kritikal. Adakah mereka sanggup “berpuasa” demi memuaskan nafsu Trump?
  4. Macam mana negara seperti UAE nak hidup? Mereka bengantung kepada Selat Hormuz untuk mengekspot dan mengimpot pelbagai perkara.

Perang ni ada pelbagai dimensi dan tidak terhad kepada misil dan bom sahaja. Memang salah satu langkah strategik Iran ialah perang ekonomi. Dari tekanan yang masih ada jalan keluar, Amerika membantu Iran untuk menjadikan penutupan Selat Hormuz lebih teruk. Siapa penasihat Trump ni?

Namun, disebabkan pasaran Amerika berada 12 jam di belakang waktu Malaysia, Trump masih ada masa untuk TACO selepas dia bangun tidur nanti, kalau dia boleh tidur, lah.

Sama-samalah kita nantikan.

BACA JUGA Cubaan seludup 700,000 liter diesel di perairan negara berjaya dipatahkan