Tak penuh tapi cukup…rakyat kongsi rasa syukur beli susu, beras guna IC

Seorang pengguna Threads mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman membeli barangan keperluan menggunakan bantuan MySARA.

@irakaneki._menyatakan penghargaan kepada kerajaan kerana membantu meringankan beban kos sara hidup.

“Saya tak sanggup kutuk Kerajaan Madani kerana bantuan seperti ini benar-benar membantu kami, terutama ketika ‘sindrom tengah bulan’ melanda. 

“Dengan hanya menggunakan kad pengenalan, kami masih mampu mendapatkan keperluan tanpa perlu mengorek simpanan atau ‘pecah tabung’.

“Terima kasih @anwaribrahim_my! Kami tidak perlu mengeluarkan wang walau sedikit, semuanya ditanggung kerajaan. Hehe,” kongsinya.

Dia berkongsi resit pembelian dan troli yang dipenuhi barangan keperluan asas seperti air mineral Spritzer, 5 kotak susu, telur, sos, beras, sabun basuh pinggan dan pencuci baju.

Hantarannya turut mendapat perhatian pengguna lain yang menyifatkan bantuan tersebut sebagai sangat membantu golongan B40.

Biarpun ada beberapa kritikan dilemparkan terhadap kerajaan, namun rakyat berpendapat inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan kos bulanan di dapur mereka.

Mereka juga berkongsi rasa teruja kerana seolah-olah dapat membeli barang secara percuma.

BACA JUGA ‘Datuk Seri mari sini’, gelagat Uwais dan Aesha buat PM Anwar tersentuh hati