Budi diesel individu naik lagi daripada RM300 kepada RM400
Dalam usaha mengurangkan kesan krisis tenaga global terhadap kos sara hidup rakyat, kerajaan mengumumkan peningkatan sekali lagi kadar bantuan tunai BUDI Diesel.
Dalam taklimat hari ini, Menteri Ekonomi, Akmal Nasir berkata, kerajaan setuju menaikkan BUDI Diesel individu kepada RM400 sebulan berbanding RM300.
Ia sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 150,000 pemilik kenderaan diesel individu di Semenanjung Malaysia, dengan tambahan peruntukan sebanyak RM15 juta sebulan.