Dulu kata lawan fitrah, sekarang Pas pun nak sifarkan miskin tegar
Kenyataan terbaharu seorang ADUN Pas tentang usaha kerajaan negeri dalam mencapai kadar sifar miskin tegar di Kedah menjadi bahan sindiran.
Ia susulan pendirian berbeza oleh wakil rakyat parti itu sebelum ini yang memperlekeh usaha Kerajaan Persekutuan menoktahkan kemiskinan tegar.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa iltizam Putrajaya untuk menokhtahkan kemiskinan tegar adalah “bercanggah dengan naluri dan fitrah ketika Allah meciptakan manusia”.
Beliau mendakwa iltizam itu tidak lebih sekadar sembang kosong kerana di mana-mana negara pasti ada kemiskinan.
Bagaimanapun, kenyataan ADUN Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali dalam sidang DUN Kedah baru-baru ini yang menyatakan bahawa Kedah telah berjaya mencapai sifar miskin tegar mengundang persoalan ramai.
Mereka mempersoal mengenai konsistensi pendirian parti itu dalam isu pembasmian kemiskinan.
Ada yang menganggap Pas mengamalkan pendirian tidak konsisten atau ‘double standard’, apabila mengkritik usaha Persekutuan mahu menoktahkan kemiskinan tegar, namun apabila sasaran sama diumumkan di peringkat negeri, ia pula dilihat sebagai pencapaian.
BACA JUGA Boleh ke cerca orang atas nama kebebasan bersuara? Peguam perjelas batas kritik dan menghina