RM1 kini lebih bernilai di Indonesia, penjual berebut nak duit Malaysia

Pengukuhan nilai ringgit berbanding rupiah Indonesia ketika ini mula menjadi perhatian apabila perbezaan kadar tukaran berbanding beberapa bulan lalu semakin ketara.

Jika lima bulan lalu RM1 bersamaan kira-kira 4,000 rupiah, namun kini jumlah yang sama boleh diperoleh dengan nilai lebih rendah, sekitar RM0.92 sahaja.

Perkembangan ini dianggap sebagai satu kebahagiaan buat rakyat Malaysia.

Tidak kurang juga memberi kelegaan dan kepuasan kepada warga Indonesia yang bekerja di Malaysia kerana kiriman wang yang dihantar pulang kini lebih tinggi. 

“5 bulan lalu (RM1 = RM4,000 rupiah). Hari ini (RM0.92 = 4000 rupiah)

“Satu kebahagiaan buat rakyat Malaysia yang ingin ke Indonesia. Orang Indonesia yang bekerja di Malaysia pun pasti tidak kurang bahagianya,” kata pempengaruh, Zhiddin Aziz di Threads.

Di ruangan komen, pengguna media sosial berkongsi pengalaman ke Indonesia baru-baru ini. Penjual di sana dikatakan berebut mahukan duit ringgit Malaysia sehinggakan jual beli dalam nilai ringgit juga diterima.

“Baru balik dari Indonesia dua hari lepas. Berebut mereka nak duit RM. Jual beli dalam RM pun mereka terima,” kongsi trouwfoto_malaysia.

Ada juga pengguna berkata, dia masih mempunyai lebihan duit Indonesia yang masih belum ditukar semula kepada RM kerana rupiah semakin melemah.

Individu lain pula mengakui teruja mahu melancong ke Indonesia memandangkan nilai ringgit lebih kuat ketika ini.

“Kaww hahahaha. Ini kalau pergi sana bawa 1000 rupiah pun shopping sakan aku. Tapi tulah mesti dia orang naikkan harga kan, ke macam mana?,” tulis izzatulayuniee.

BACA JUGA Ramai nampak harga minyak naik, tapi tak nampak apa jadi di belakang…ini yang berlaku sebenarnya