Kenapa dunia pilih Malaysia? Ini jawapan PMX

Malaysia makin mendapat tempat dalam rantaian bekalan global berteknologi tinggi apabila industri tempatan kini terlibat secara langsung dalam pengeluaran komponen kritikal bagi sektor aeroangkasa dan semikonduktor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keupayaan ini menjadi faktor utama mengapa pelabur antarabangsa memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan strategik.

Ketika berucap di majlis pembukaan Defence Services Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026 di MITEC, Kuala Lumpur, beliau menjelaskan bahawa syarikat Malaysia kini menghasilkan komponen pesawat komersial serta aero-enjin yang digunakan dalam penerbangan di seluruh dunia.

“… tahap ketepatan dan disiplin industri tempatan yang memenuhi piawaian global menjadi kelebihan utama negara dalam menarik syarikat multinasional,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dasar berkecuali aktif Malaysia dalam geopolitik membolehkan negara mengekalkan hubungan dengan pelbagai kuasa besar tanpa terikat kepada blok tertentu, sekali gus memudahkan integrasi dalam rantaian bekalan antarabangsa.

Dalam jangka panjang, perkembangan ini dijangka meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat.

BACA JUGA Komuniti Madani jadi benteng fitnah baharu kerajaan