PRN Johor & Melaka: Kerajaan tak ikut tindakan Mahiaddin isytihar darurat

Kerajaan tidak akan mengikut langkah Tan Sri Mahiaddin Yassin yang mengisytihar darurat bagi menangguhkan pilihan raya ketika penularan wabak Covid-19 pada 2021 lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian sebagai menempelak kenyataan Presiden Bersatu berkenaan yang mendakwa kerajaan mengisytiharkan darurat Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor disebabkan takut menerima kekalahan.

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, isu penangguhan PRN di kedua-dua negeri itu tidak timbul berikutan masa tempoh penggal terakhir masih lama.

“Ketika Covid-19 pada 2021, Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri bukan setakat menangguhkan pilihan raya, tetapi menggantung persidangan Parlimen.

“Muhyiddin juga bercadang untuk mengisytiharkan darurat bagi menggantung persidangan Parlimen,” katanya.

Terdahulu, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar merasmikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di Dungun, Terengganu, hari ini.

Dalam masa sama, Zahid berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk menangguhkan PRN.

Jelasnya, kerajaan PH juga tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan DUN Johor dan Melaka.

“Pembubaran DUN Johor adalah adalah kuasa Sultan Johor. manakala Melaka adalah Yang Dipertua Negeri Melaka,” kata Zahid lagi.

Untuk rekod, tempoh penggal terakhir kerajaan Melaka adalah pada Disember ini, manakala Johor pula pada tahun hadapan.

Sebelum ini, Mahiaddin dilaporkan berkata, tindakan kerajaan menangguhkan PRN Melaka dan Johor dengan mengisytiharkan darurat adalah petanda parti gabungan Kerajaan Perpaduan takut mengalami kekalahan.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, pengisytiharan darurat tanpa alasan kukuh adalah satu tindakan menyalahgunakan perintah itu untuk tujuan politik.

BACA JUGA ‘Dapat subsidi tapi nak protes?’, pemandu teksi tempelak, isu minyak bukan salah kerajaan