Iran dakwa musuh curi air hujan mereka, kini terbukti
Dakwaan Iran mengenai manipulasi iklim yang pernah dianggap teori konspirasi kini kembali menjadi perhatian, susulan kejadian hujan luar biasa yang melanda negara itu selepas serangan ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di rantau Asia Barat.
Menurut perkongsian di Facebook Iran Media hari ini, isu berkenaan sebenarnya bukan baharu memandangkan pada 2011 dan 2012, Presiden Iran ketika itu, Mahmoud Ahmadinejad, secara terbuka menuduh kuasa Barat menggunakan “peralatan khas” untuk mengalihkan awan dan menyebabkan kemarau di Iran.
Kenyataan itu diulang ketika pelancaran sebuah empangan di Arak, namun ditertawakan pihak Barat dan dilabel sebagai teori konspirasi oleh media saintifik.
Naratif tersebut bagaimanapun terus diperkatakan.
Pada 2018, Ketua Pertahanan Awam Iran, Gholam Reza Jalali, menuding jari kepada Israel dan sebuah lagi negara serantau atas dakwaan “mencuri awan dan salji”.
Tahun lalu pula, seorang eksekutif syarikat sumber air Iran, Mohsen Arbabian, sekali lagi mengulangi dakwaan itu dengan merujuk kepada imej satelit, sambil mendakwa aktiviti tersebut telah berlaku sejak 40 tahun lalu.
Semakin meruncing
Dalam masa sama, krisis air di Iran memang semakin meruncing.
Pada November 2025, Empangan Amir Kabir, salah satu daripada lima empangan utama yang membekalkan air kepada Tehran, terpaksa dihentikan operasi selepas paras air susut kepada hanya satu peratus kapasiti.
Pihak berkuasa Iran ketika itu turut memberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya “Hari Sifar” seperti yang pernah dialami Cape Town.
Situasi berubah drastik selepas konflik ketenteraan tercetus.
Sejak akhir Februari, Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan tentera AS di Asia Barat.
Penganalisis pertahanan melaporkan sekurang-kurangnya 17 kemudahan tentera AS di rantau itu terkena serangan, dengan sebahagiannya mengalami kerosakan teruk.
Kini, imej dan perkongsian daripada rakyat Iran menunjukkan hujan lebat yang tidak dijangka serta paras takungan air yang kembali meningkat ke tahap yang tidak pernah dilihat sejak beberapa tahun.
Walaupun tiada pengesahan rasmi atau kajian saintifik yang membuktikan kaitan langsung antara serangan ketenteraan dan perubahan cuaca tersebut, ramai rakyat Iran melihatnya sebagai sesuatu yang sukar dianggap kebetulan.
“Adakah ini sekadar kebetulan atau bukti kepada dakwaan yang telah mereka suarakan sejak 15 tahun lalu?” menurut Iran Media lagi.
BACA JUGA AMANAH lancar gerakan laporan polis, bidas fitnah kaitkan parti dengan siasatan dana zakat