Agong ucap Selamat Hari Pekerja

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja sempena sambutan itu hari ini.

Turut menzahirkan ucapan sama ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Poster ucapan Seri Paduka berdua dimuat naik di Facebook Istana Negara.

Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun dan tema sambutan tahun ini ialah ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani’

Lebih 15 juta penduduk di negara ini bekerja manakala terdapat kira-kira 600,000 orang masih menganggur.

Tarikh 1 Mei dipilih dunia sebagai Hari Pekerja sempena kejayaan pergerakan buruh di Amerika Syarikat (AS) menuntut lapan jam waktu bekerja yang dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886.