Tujuh aduan diterima Majlis Media, ini senarai salah laku terlibat

Majlis Media Malaysia (MMM) menerima tujuh aduan membabitkan pelbagai isu termasuk ketepatan laporan, penggunaan imej tanpa kebenaran serta kandungan yang menjejaskan keharmonian masyarakat.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, daripada jumlah itu, lima aduan telah diselesaikan manakala dua lagi masih dalam proses semakan.

Jelasnya, semua aduan kini boleh disalurkan melalui platform rasmi MMM bagi meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti.

Dalam masa sama, beliau menggalakkan orang ramai serta pihak kerajaan untuk memanfaatkan platform yang disediakan oleh MMM sebagai saluran bagi mengemukakan isu-isu berkaitan media.

BACA JUGA Gempar! 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan terhadap MB, ini alasannya