Mesyuarat tergempar di kediaman rasmi MB Negeri Sembilan

Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengadakan mesyuarat tergempar petang ini susulan keputusan 14 ADUN BN yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mesyuarat diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar dengan dijangkakan sebentar lagi akan diadakan sidang media.

Pengamal media juga dilaporkan sudah berkumpul di hadapan kediaman MB untuk sidang media.

Sebelum itu sekitar jam 2 petang tadi, pemimpin DAP Negeri Sembilan mengadakan mesyuarat di Ibu pejabat DAP di Kemayan Square. Mesyuarat itu diketuai Setiausaha Agung DAP yang juga ADUN Chennah, Anthony Loke.

Untuk rekod, jumlah Kerusi DUN Negeri Sembilan adalah sebanyak 36 kerusi.

Pakatan Harapan (PH) mempunyai 17 kerusi terdiri daripada DAP (11), PKR (5) dan Amanah (1) 

Umno BN: 14 kerusi; Pas: 3 kerusi, manakala Bersatu: 2 kerusi.

BACA JUGA Gempar! 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan terhadap MB, ini alasannya