Teruk warga nogori serang Jalaludin, label Umno Negeri Sembilan gila kuasa
Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berterusan menjadi sasaran kecaman rakyat Negeri Sembilan ekoran tindakan tebuk atap 14 Adun Umno yang dianggap cuba mensabotaj pentadbiran kerajaan negeri.
Warga nogori sehingga kini berterusan membanjiri Facebook Jalaludin, menempelak tindakan kumpulan wakil rakyat Umno itu yang dilabel gila kuasa.
Mereka meluahkan rasa kecewa melihat level “setiakawan” Umno yang akhirnya mengkhianati rakan gabungan mereka sendiri.
“Kau ni betul-betul tak hargai persahabatan yang pada mulanya kami agak berat, namun Datuk Seri Aminuddin yang memujuk hati kami semua untuk menerima persahabatan antara PH dan Umno. Macam ni kau dengan geng kau balas,” kata pengguna Rauf Halim.
“BN dapat undi dekat Negeri Sembilan sebab Kerajaan Perpaduan bukan sebab BN kuat. Rakyat dah tolak BN tapi demi Perpaduan pengundi PH & pengundi atas pagar terpaksa undi BN. Selepas ini BN pasti akan kalah teruk lagi di N9. Demi kuasa sanggup berkomplot dengan PN walaupun PN kata kat UMNO/BN macam-macam,” tulis Asnil Khushaidi.
“Gilo kuaso. Memang ekau gilo dekat kerusi MB tu,” komen pula Muhd Hanif.
“Tibo-tibo gilo jawatan ekau ni ya tok (Datuk). Bantu rakyat pomaleh, kojo tak buek, sibuk rebut kuaso,” tulis pula Muhamad Izuan.
Kelmarin, 14 Adun Umno Negeri Sembilan secara tiba-tiba mengumumkan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Tidak lama selepas itu, mereka mengeluarkan kenyataan media mendakwa mereka sudah pun mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu dengan sokongan lima Adun Perikatan Nasional.
Hasrat mereka bagaimanapun terkubur selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan supaya Aminuddin terus menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar.
Susulan kecaman hebat terhadap Umno, Jalaludin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan kemudian menafikan beliau mahu menjadi Menteri Besar susulan tindakan menarik sokongan terhadap Aminuddin.
BACA JUGA ‘Apa sebenarnya Jalal mahu?’, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan ini teruk kena kecam netizen