BN Negeri Sembilan bukan sekadar khianat Kerajaan Perpaduan, tapi khianat rakyat
Wanita PKR Pusat menempelak BN Negeri Sembilan, menyifatkan tindakan 14 ADUN parti itu bukan sahaja mengkhianat Kerajaan Perpaduan, bahkan mengkhianat rakyat yang sudah memberikan mandat.
Dalam satu kenyataan hari ini, wanita PKR berkata, ketika negara sedang berdepan cabaran ekonomi dan tekanan kos sara hidup, tindakan ADUN BN membuktikan keutamaan sempit mereka yang sanggup mengorbankan kestabilan demi percaturan kuasa politik.
“Hakikatnya, ini bukan hanya pengkhianatan terhadap Kerajaan Perpaduan, tetapi terhadap rakyat yang amat memerlukan kestabilan politik untuk menghadapi tekanan kos sara hidup, bukan permainan kuasa sempit.
“Wanita PKR berdiri teguh bersama Pakatan Harapan dalam menolak sebarang bentuk pengkhianatan politik demi melindungi kepentingan serta kesejahteraan rakyat.
“Wanita PKR turut menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi untuk mempertahankan peranan serta fungsi institusi Raja-Raja Melayu sebagai pelindung kepada kedaulatan Perlembagaan,” katanya.
BACA JUGA Fitnah kait Chin Peng: Rayuan Siti Mastura gagal, hukuman kekal RM750,000