Ringgit cecah paras tertinggi 5 tahun, Goldman Sachs iktiraf Malaysia sebagai ‘top performer’ Asia

Ringgit mencatatkan prestasi yang memberangsangkan apabila melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Singapura.

Lapor Sea Media, Goldman Sachs menamakan ringgit sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di Asia bagi tahun 2026.

“Dengan kadar pertukaran mencecah RM3.06 bagi S$1, landskap kini berubah.

“Ketika Singapura berdepan peningkatan kos sebagai pengimport tenaga, kedudukan Malaysia sebagai pengeksport bersih tenaga menjadikan negara ini benteng terbaik rantau ini terhadap kejutan global,” katanya.

Menurut laporan portal bisnes Malaysia itu, pelabur kini mula memberi perhatian kepada Malaysia, didorong oleh kestabilan politik serta ledakan pelaburan pusat data AI berskala besar.

“Selepas bertahun-tahun rakyat terasa tekanan di Tambak Johor, keadaan kini mula berubah, dan kali ini, bank-bank terbesar dunia berada di pihak kita,” tambahnya.

Prestasi kukuh ringgit ini membuktikan daya tahan ekonomi negara dalam mengharungi kejutan pasaran tenaga global semasa.

Ringgit terus menjadi pilihan sebagai salah satu mata wang pasaran pesat membangun yang selamat dan stabil di rantau ini berbanding mata wang utama lain di rantau Asia yang terjejas akibat ketidaktentuan susulan krisis di Asia Barat.

@seamedia.my

The Ringgit just hit a 5-year high against the Singapore Dollar-and Wall Street is noticing. Goldman Sachs has named the Ringgit one of Asia’s top-performing currencies for 2026. With the exchange rate reaching RM3.06 to S$1, the script is flipping. While Singapore faces rising costs as an energy importer, Malaysia’s position as a net energy exporter makes us the region’s best defense against global shocks. Traders are now betting on Malaysia, fueled by political stability and a massive Al data center boom. After years of feeling the pinch at the Causeway, the tables are turning-and this time, the world’s biggest banks are on our side. Is it finally time for a weekend trip to Singapore? #SEAMedia #Ringgit #Economy2026 #MalaysiaBoleh #InvestmentNews

♬ original sound – SEA Media – SEA Media

BACA JUGA AirTrunk tambah RM12 bilion pelaburan, perkukuh Malaysia sebagai hab digital serantau