“Nak kritik macamana, masih menaruh harapan cintanya berbalas”
Dakwaan ahli Umno yang diterima masuk semula Khairy Jamaludin bahawa parti itu kurang dikritik berbanding PH ada sebabnya, kata Naib Pengerusi AMANAH Kelantan.
Che Ibrahim Mohamed dalam komennya terhadap kenyataan Khairy itu berkata, Umno kurang dikritik kerana pengkritik utama negara, Pas, masih berharap untuk bersama Umno.
“Kurang dikritik tu sebab Pas masih menaruh harapan cintanya berbalas,” kata Che Ibrahim ringkas ketika mengulas kenyataan Khairy itu.
Khairy mendakwa, Umno lebih kuat dan kurang dikritik berbanding PKR dan Bersatu.
Bagi Che Ibrahim, parti-parti dalam Pakatan Harapan merupakan rakan yang setia.
“PH ni rakan yang setia dan menghormati rakan perpaduan, tak guna dok main serang sama sendiri,” kata beliau kepada Khairy.
Sebelum ini, pemimpin Umno khasnya Ketua Pemudanya, Akmal Salleh sentiasa mengkritik PH dan juga Kerajaan Perpaduan yang turut disertai Umno.
Terbaru, Umno Negeri Sembilan mengambil tindakan menikam Kerajaan Negeri itu dari belakang apabila membuat sidang media tidak lagi menyokong kerajaan negeri.
BACA JUGA Baru diterima semula, berlagak macam dia Presiden Umno