Aku selesa dan bangga bersama Amanah

Oleh SUMARDY ABDUL SANI

Alhamdulillah sudah 10 tahun aku berada dalam Parti Amanah Negara.

Aku bukan dari kalangan keluarga orang politik. Dalam keluarga aku pun takde sorang yang terlibat dalam politik.

Aku pilih jalan untuk masuk dalam gelanggang politik dan masuk Amanah tanpa dorongan sesiapa tetapi aku pilih sendiri atas dasar perjuangan sebahagian rakyat Malaysia bawahan dan juga demi juga keadilan dalam tuntutan agama Islam.

Pengalaman dalam Amanah sangat banyak. Dikutuk dihina dicaci dan lebih dasyat diftinah. Tetapi sikit pun aku tak jadi kudis pada aku. Rasa nak keluar parti lebih jauh malah aku rasa terus nak menabur bakti bersama Amanah.

Aku bukan dari kalangan pimpinan tetapi sekadar ahli bawahan. Namun begitu Alhamdulillah aku boleh mendekati pimpinan dan mereka sangat mesra dan baik dengan orang bawahan seperti aku. Malahan mereka pimpinan banyak mengajar aku tentang akhlak sesuai dengan perjuangan yang dibawa dalam Islam.

Aku juga sentiasa ditegur dan diberi nasihat yang baik jika ada membuat kesilapan dan tutur kata yang terlanjur yang tak bersesuaian dalam perjuangan Amanah. Sebab tu aku sangat selesa dan bangga bersama Amanah.

Aku tak kejar projek bukan kaki projek masuk dalam politik untuk kesenangan untuk peribadi. Aku masuk Parti Amanah Negara kerana jiwa perjuangan.

Masa PH1.0 Amanah ada ramai Menteri dan timbalan Menteri. Masa tu aku tengok berderu deru orang masuk Amanah. Aku perhatikan saja.

Kemudian kerajaan jatuh ditebuk atap. Dan masa tu Amanah dalam PH menjadi pembangkang semula.

Aku masih kekal dalam Parti Amanah Negara. Tak sedikit pun tergugat untuk keluar parti. Sebabnya takde kepentingan apa apa yang dikejar dan terlepas apabila parti aku jadi pembangkang semula.

Paling seronok dalam Amanah pada aku adalah hubungan dengan kawan kawan dalam Amanah.

Bagaikan satu keluarga besar malah lebih rapat seperti adik beradik tetapi tetap ada juga berbeza pendapat dalam parti walaupun dalam sealiran politik.

Aku kekal dalam Amanah sehingga hari ini kerana sesuai dengan fitrah perjuangan yang aku pilih. Tidak mengejar laba poltiik, tidak mengejar kepentingan peribadi. Aku juga kekal bekerja sendiri diluar.

Jika ada yang melompat beralih parti tu, aku sikit pun tak hairan sebenrnya. Aku dapat rasa apa yang mereka hendak tapi hajat tak kesampaian.

Aku terus kekalkan diri dalam Amanah kerana aku faham, perjuangan dalam politik ni bagaikan marathon. Jauh perjalanannya dan sangat panjang.

Takde apa yang dikejar. Chill dan terus bersama Parti Amanah Negara.

BACA JUGA “Nak kritik macamana, masih menaruh harapan cintanya berbalas”