Mat Sabu ucap takziah, ‘Industri seni hilang permata’

Pemergian pelakon veteran tanah air, Abdul Jalil Hamid yang meninggal dunia dikediamannya tengahari tadi, disifatkan sebagai kehilangan besar kepada industri seni negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham yang disifatkan banyak berjasa dalam dunia seni tempatan.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada industri seni negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Menurutnya, jasa dan sumbangan Allahyarham sepanjang karier dalam bidang seni akan terus dikenang oleh masyarakat.

Mohamad Sabu turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Beliau juga berharap keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Allahyarham mula aktif dalam industri seni sejak lebih 40 tahun lepas dan dikenali sebagai artis serba boleh termasuk sebagai pelakon komedi selain membintangi filem dan drama.

BACA JUGA Iran ancam serang AS jika dekati Selat Hormuz