Jualan Rahmah diperluas : Rakyat dapat jimat sampai 30%
Program Jualan Rahmah MADANI akan diperluaskan secara besar-besaran tahun ini sebagai langkah membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 30,000 program Jualan Rahmah akan dilaksanakan sepanjang 2026, meningkat berbanding lebih 25,000 program tahun lalu.
Beliau memaklumkan pengumuman itu dibuat dalam sidang media khas krisis bekalan global di Putrajaya.
Menurutnya, program berkenaan berjaya menawarkan penjimatan harga antara lima hingga 30 peratus berbanding harga pasaran.
“Pelaksanaan akan dibuat secara mingguan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri supaya rakyat mempunyai kepastian dari segi lokasi dan masa,” katanya.