Walau kos tinggi, kerajaan terus tanggung subsidi demi lindungi rakyat
Kerajaan MADANI menegaskan komitmennya untuk terus melindungi rakyat walaupun berdepan tekanan fiskal yang tinggi akibat krisis bekalan global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa kerajaan kini menanggung tambahan sekitar RM5 bilion sebulan bagi subsidi bahan api termasuk RON95 dan diesel.
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan mendadak kos sara hidup.
“Walaupun cabaran besar, kerajaan akan terus berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat, khususnya golongan rentan,”katanya ketika menyampaikan Taklimat Harian Krisis Bekalan Global di sini hari ini.
Menurutnya, pelbagai langkah sedang dan akan terus dilaksanakan melalui mesyuarat mingguan kerajaan bagi mencari penyelesaian terbaik kepada tekanan ekonomi semasa.
Pendekatan tersebut mencerminkan keutamaan kerajaan MADANI dalam menjaga kebajikan rakyat sambil mengurus cabaran ekonomi global.