Usaha penyokong Pas nak bantai PMX makan diri, ramai pula senarai kejayaan Anwar

Cubaan sebuah akaun Facebook pro pembangkang, Pasir Puteh Today, untuk mengumpul kritikan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya memakan diri apabila ruangan komen mereka dibanjiri pujian, bukan serangan.

Laman FB itu memuat naik status, mengajak rakyat menyenaraikan kesalahan tadbir urus zaman PMX.

“Jom senaraikan kesalahan tadbir urus zaman PMX!!”.

Tetapi, kempen yang sepatutnya menjadi platform serangan itu akhirnya bertukar menjadi pentas pujian tidak rasmi kepada PMX, sekali gus memalukan pentadbir akaun itu sendiri.

Ruangan komen dibanjiri netizen dengan senarai pencapaian dan kejayaan kerajaan di bawah pimpinan Anwar, sambil menyindir prestasi teruk blok pembangkang.

Mereka berkata, antara kesalahan terbesar Anwar adalah memanjakan empat negeri pembangkang dengan meluluskan pembayaran gaji serta bonus untuk kakitangan di negeri itu, yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri sendiri.

Selain itu mereka menyebut tentang usaha PM menaikkan gaji penjawat awam sebanyak dua kali, minyak masak paket kini mudah didapati di pasar raya, menurunkan harga petrol, sekolah-sekolah pondok dinaiktaraf dan diberi pelbagai bantuan, rakyat diberi bantuan SARA dan MyKasih menerusi kad pengenalan dan sebagainya.

“Bantu menaik taraf Pasar Siti Khadijah. Sewa dikurangkan dan mengurangkan beban peniaga,” tulis Shaf Asyraaf.

“Pondok-pondok dinaiktaraf dan diberikan pelbagai bantuan. PM sebelum ni anaktirikan ulama dan pondok-pondok,” kata Zulfadly Ruslan.

“Minyak paket banyak di pasaran sampai tak ada orang nak beli,” komen pula Faizal Ibrahim.

Tidak hanya itu, netizen juga menyindir bagaimana pembangkang kini paling tidak berfungsi untuk rakyat dan banyak ponteng ke Parlimen.

“Menjahanamkan sistem Parlimen negara. Buat pembaziran sebab bayar gaji Ahli Parlimen pembangkang walaupun tak hadir bersidang.. PMX laa punca pembangkang terus jadi tak ada fungsi dalam Parlimen sebab tak ada isu berbangkit yang berfaedah untuk rakyat didebatkn di Parlimen,” kata Fairuz Mohammad.

BACA JUGA Taksub parti jamin syurga, pendirian penyokong Pas ini cetus kebimbangan soal akidah