Sultan Perak perkenan belia beri khutbah Jumaat esok
Sempena sambutan Hari Belia Negara esok, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri.
Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan hari ini
Menurut beliau, penghormatan ini sebagai menghargai dan mengiktiraf peranan penting belia untuk negara.
“Sultan Nazrin menitahkan khutbah Jumaat di Perak esok bertemakan belia dengan tajuk “Belia: Tenaga Penggerak Kemajuan Negara.”
“Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengemukakan 94 nama pemimpin belia yang telah diperkenankan oleh Sultan Perak untuk membaca khutbah di masjid dan surau diri Jumaat negeri Perak pada 8 Mei 2026,” katanya.
BACA JUGA Usaha penyokong Pas nak bantai PMX makan diri, ramai pula senarai kejayaan Anwar