Boleh beli petrol lebih 20 liter, LKIM sambut baik keputusan KPDN mudahkan urusan nelayan
Pengerusinya, Faiz Fadzil berkata, ini kerana penyaluran subsidi petrol nelayan telah mempunyai mekanisme kawal selia melalui Aplikasi MyMinyak untuk memastikan subsidi diguna pakai mengikut peraturan, dan melalui stesen-stesen minyak yang disenaraikan oleh LKIM.
Sehubungan itu, para nelayan yang berdaftar dan tersenarai boleh terus memanfaatkan petrol bersubsidi nelayan melebihi 20 liter tanpa memerlukan permit khas tertakluk kepada peruntukan sedia ada petrol bersubsidi sebanyak 50 liter sehari.
“Bagi menjamin pelaksanaan yang lebih berkesan, LKIM akan bekerjasama rapat dengan KPDN untuk mengintegrasikan data Aplikasi MyMinyak ke dalam Sistem Permit Bekalan, sekali gus memastikan penyaluran subsidi yang lebih telus dan berkesan dalam mengekang ketirisan.
“LKIM menegaskan komitmen penuh untuk terus bekerjasama dengan pihak penguat kuasa KPDN serta mana-mana jabatan dan agensi penguatkuasaan negara bagi memastikan tiada ruang berlakunya ketirisan atau penyalahgunaan bahan api bersubsidi.
“Penggunaan teknologi melalui Aplikasi MyMinyak akan terus diperkasakan sebagai mekanisme kawal selia utama bagi memantau kelayakan serta kuantiti pembelian di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Faiz berkata, LKIM akan terus memantau pelaksanaan inisiatif ini di semua peringkat bagi memastikan nelayan di bawah seliaan menerima manfaat seadilnya.
Apa-apa tuntutan dan keperluan lain berkaitan penyaluran subsidi bahan api adalah dalam peringkat penelitian tentang kaedah penyaluran yang berkesan dan usaha mengekang ketirisan subsidi.
“Justeru, nelayan digesa untuk meningkatkan produktiviti tangkapan ikan selaras dengan kemudahan subsidi ini bagi mencapai agenda keterjaminan makanan yang ditetapkan oleh KPKM selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” ujarnya lagi.
BACA JUGA Usaha penyokong Pas nak bantai PMX makan diri, ramai pula senarai kejayaan Anwar