Bersusun konsert waktu Pas jadi kerajaan, aktivis bidas MP Bachok jangan hipokrit
Aktivis politik, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau dikenali sebagai Syam Ghaz, membidas Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman sebagai hipokrit susulan komentar pemimpin Pas itu dalam isu pelancongan dan hiburan.
Beliau mempersoalkan status Bachok sebagai “Bandar Pelancongan Islam” tetapi pernah viral dengan konsert yang berlangsung secara “seksi” dan tidak sopan di daerah itu tahun lalu.
Beliau bertanya, apa kejayaan wakil rakyat Pas itu yang boleh dibanggakan di Bachok, terutama dalam bab pelancongan.
“Apa sukses story yang kamu boleh banggakan di Bachok, terutamanya bab pelancongan sepanjang kamu jadi Ahli Parlimen?
“Saya juga tak minat maksiat. Tapi waktu Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahim jadi menteri, Idris Ahmad jadi menteri agama, Takiyuddin Hassan jadi menteri Kabinet, 4 lagi timbalan menteri zaman 33 bulan, ini senarai konsert hiburan maksiat yang PN buat, waktu itu Pas jadi kerajaan,” katanya.
Beliau menyenaraikan 11 konsert yang diadakan sepanjang tahun 2022 iaitu ketika PN-Pas memerintah, sambil menasihatkan Syahir supaya tidak munafik.
1. Billie Eilish – Happier Than Ever, The World Tour (18 Ogos 2022)
2. Dewa 19 – 30 Years Career Concert (10 September 2022)
3. Super Junior – Super Show 9: Road (10 Oktober 2022)
4. Boys Like Girls (15 Oktober 2022)
5. Lay Zhang (15 Oktober 2022)
6. Calum Scott (27 Oktober 2022)
7. Russ (3 November 2022)
8. LANY – a november to remember (6 November 2022)
9. Jack White (16 November 2022)
10. Boy Pablo (25 November 2022)
11. Epik High (2 Disember 2022)
BACA JUGA Sheikh Umar tempelak hantaran sinis individu polemikkan Quranic Madani