Ribuan redah hujan, Bukit Bintang bertukar lautan selawat dan salam perpaduan

FOTO BERITA: Majlis Quranic MADANI Tonight Reset Bersatu Dalam Saf. Turut hadir Dr. Zulkifli Hasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Puan Nurul Izzah Anwar Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana, Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Ustaz Haji Ahmad Fawwaz Fadzil, Kumpulan Rabbani di Bukit Bintang Kuala Lumpur. 8hb Mei 2026 (Jumaat)

Program yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat itu menyaksikan kawasan tumpuan pelancong di tengah ibu kota bertukar wajah menjadi medan selawat, zikir dan munajat yang menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang.

Turut hadir memeriahkan program ialah Dr. Zulkifli Hasan, Nurul Izzah Anwar serta Ahmad Fawwaz Fadzil, Kumpulan Rabbani, Nilofa serta berbilang masyarakat.

Dalam ucapannya, Dr. Zulkifli berkata, sambutan luar biasa yang diterima membuktikan rakyat Malaysia masih meletakkan nilai kerohanian dan kasih sayang sebagai asas penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Menurut beliau, program berkonsepkan santai di lokasi terbuka seperti Bukit Bintang berjaya mendekati masyarakat khususnya golongan muda dan warga kota yang dahagakan pengisian rohani dalam suasana lebih inklusif.

“Walaupun hujan, orang ramai tetap bertahan dan terus bersama dalam saf. Ini menunjukkan rakyat Malaysia mahu kepada program yang menyatukan hati dan menghidupkan semangat kasih sayang sesama insan,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran Quranic MADANI bukan sekadar program keagamaan biasa, sebaliknya membawa mesej kemanusiaan sejagat yang menekankan budaya hormat-menghormati, menyebarkan salam dan mengeratkan hubungan silaturahim.

Katanya lagi, pendekatan turun ke lokasi tumpuan awam seperti Bukit Bintang juga membuka ruang kepada masyarakat dan pelancong melihat wajah Islam yang damai, sederhana dan penuh rahmah.

Sementara itu, kehadiran Nurul Izzah turut menarik perhatian anak muda yang dilihat mengambil peluang menyertai sesi selawat dan munajat secara bersama-sama dalam suasana penuh tertib.

Program berkenaan turut diserikan dengan bacaan al-Quran, tausiyah dan kempen Sebarkan Salam yang mengajak masyarakat membudayakan ucapan salam, saling membantu serta memperkukuh institusi kekeluargaan demi kesejahteraan negara.