Ini kronologi projek LRA Sungai Limau yang terbengkalai walau dapat peruntukan besar
Projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau yang sepatutnya menjadi penyelesaian kepada masalah bekalan air di Kedah kini terus menjadi tanda tanya selepas gagal disiapkan mengikut jadual walaupun telah menerima peruntukan besar daripada kerajaan Persekutuan.
Lebih membimbangkan, projek bernilai hampir RM90 juta itu bukan sahaja mengalami kelewatan berulang kali, malah didakwa terbengkalai sejak pertengahan 2024.
Kegagalan projek ini menimbulkan pelbagai persoalan, termasuk bagaimana kontraktor dipilih kerajaan negeri boleh memperoleh dua kontrak besar dalam tempoh singkat, ke mana perginya peruntukan asal sebanyak RM900 juta, dan mengapa janji untuk mendedahkan punca sebenar kelewatan masih belum ditunaikan.
Kami kongsikan kronologi penuh isu LRA Sungai Limau seperti dikongsi oleh pengguna X, Cik Yanie.
𝗞𝗿𝗼𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 r𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀 𝗜𝘀𝘂 𝗟𝗥𝗔 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗟𝗶𝗺𝗮𝘂
2020
- MB Kedah umum Kedah terima RM900 juta daripada kerajaan Pusat (PN) untuk bina 4 LRA termasuk LRA Sungai Limau.
- Janji masalah air Kedah akan selesai menjelang 2023.
2021
- Kerajaan Kedah beri kontrak LRA Sungai Limau kepada Widad Builders Sdn Bhd bernilai RM89.8 juta.
- Tempoh projek: 2 Mei 2021 hingga 28 Oktober 2023.
- Sebulan kemudian, Widad dapat lagi kontrak LRA Bukit Selambau bernilai RM129.4 juta.
2023
- Projek gagal siap ikut jadual.
- Kerajaan negeri beri EOT (lanjutan masa).
2024
- Spot check kementerian dapati ada bahagian projek langsung tak bergerak walaupun sudah 2 tahun.
- Teguran diberikan kepada MB Kedah.
- MB Kedah salahkan pelbagai pihak termasuk kontraktor dan Covid-19.
- Janji baru dibuat, projek kononnya siap Januari 2025.
2025
- Pemeriksaan lanjut dapati projek terus terbengkalai sejak Julai 2024.
- MB Kedah salahkan kontraktor dan umum mahu tukar kontraktor baru.
- Sekali lagi banyak alasan diberi, tetapi projek masih gagal disiapkan.
2026
- Kerajaan Madani ambil alih projek bagi menyelamatkan LRA Sungai Limau.
- Tender baru dibuka untuk “kontraktor penyelamat” dengan tambahan kos RM50 juta.
- MB Kedah sebelum ini kata mahu “dedah satu persatu”, tetapi sampai hari ini tiada pendedahan dibuat.
Kesimpulan
🔸 SPRM wajar siasat hubungan dan urusan sebenar antara kerajaan negeri Kedah dan Widad.
🔸 Persoalan timbul bagaimana Widad boleh dapat dua kontrak besar LRA dalam tempoh singkat.
🔸 Ke mana pergi RM900 juta peruntukan asal daripada kerajaan Pusat?
🔸 Ke mana pula wang projek LRA Sungai Limau dan Bukit Selambau dibelanjakan?
🔸 Rakyat berhak tahu kenapa projek penting bekalan air boleh gagal sampai terbengkalai.
.