Wanita kongsi perkara paling disukainya lepas Anwar jadi PM, ramai rupanya rasa benda sama
Seorang wanita mencuri perhatian di media sosial selepas berkongsi perkara yang paling disukainya sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, pengguna dikenali sebagai mamaquinnnnn memuat naik gambar bekalan minyak masak paket bersubsidi 1 kilogram yang mudah diperoleh di sebuah pasar raya.
“Things I love about DSAI becoming PM is…,” tulisnya ringkas sambil memaparkan situasi yang menurut ramai pengguna sebelum ini agak sukar ditemui.
Di ruangan komen, dia berkata kemudahan mendapatkan minyak paket ketika ini ibarat menemui “lombong emas”.
“Betul. Bila jumpa minyak paket dah macam jumpa lombong emas,” katanya.
Hantaran itu turut mendapat sokongan ramai pengguna media sosial termasuk golongan wanita yang menyifatkan bekalan minyak paket bersubsidi kini lebih mudah diperoleh berbanding sebelum ini.
Seorang pengguna, akifays._, berkata minyak paket merupakan antara indikator paling asas untuk menilai sama ada kerajaan benar-benar berkesan membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi.
“Ramai orang terlepas perkara ini. Minyak subsidi atau minyak paket ini adalah benda paling asas nak tengok jika sesebuah kerajaan itu corrupt atau tidak. Dulu tak dapat atau kena catu sampai pura-pura tak kenal ahli keluarga sebab nak beli banyak,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna, xenozus, menyokong pelaksanaan sistem eCOSS yang diperkenalkan kerajaan bagi memantau penjualan minyak paket 1 kilogram, sambil menyifatkan bekalan bahan bersubsidi itu sebelum ini seolah-olah “unicorn” kerana sering diperkatakan tetapi jarang kelihatan di pasaran.
“I’ve said it once, and I’ll say it again. I totally agree with the eCOSS system. I live in an area where the 1kg packet oil is like a mythical unicorn everyone talks about it, but you never actually see it. I know it can be used by small stalls for business purposes, but when a new batch comes in five cartons gone in under 60 seconds it really shows how important some regulation is,” katanya.
Seorang lagi pengguna, princess Bella juga menyentuh bagaimana harga telur Gred A ketika ini sangat murah hanya sekitar RM11.90.
“Telur gred A 11.90 gila murah. Tak tahu lah harga mendatang macam mana kan. Tapi untuk sekarang barang asas memang menjunam turun…,” kongsinya.
Anna_dee pula menulis: “Alhamdulillah. PMX satu penggal lagi”.
BACA JUGA AMANAH tempelak MP Pas guna sumber cerita “kawan-kawan” untuk serang PM