Biar gambar yang berbicara…

FOTO BERITA: “Tekad MADANI Harapan Rakyat” – Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Baharu, Johor. 17hb Mei 2026 (Ahad)

Pakatan Harapan (PH) hari ini menganjurkan Konvensyen Pakatan Harapan 2026 bertemakan “Tekad MADANI Harapan Rakyat” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru sebagai platform memperkukuh kesatuan serta hala tuju gabungan menjelang cabaran politik dan pembangunan negara.

Konvensyen yang menghimpunkan pimpinan tertinggi, perwakilan serta penyokong dari seluruh negara itu menjadi medan mempertegaskan komitmen PH dalam membawa agenda reformasi, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Pelbagai pengisian diadakan sepanjang konvensyen termasuk ucapan dasar pimpinan, pembentangan resolusi serta sesi pengukuhan organisasi parti komponen dalam usaha memperkasakan gerak kerja di peringkat akar umbi.