Bila cerita dongeng sang kancil tipu buaya dijadikan ideologi politik…
OLEH ABU MUHAMMAD
Lama juga saya tidak menulis panjang hal-hal politik negara kerana saya dah tak minat sangat campur urusan politik; kalau silap-silap campur tertolak pula pahala saya yang sedikit ni.
Tapi sebagai “veteran” yang dah hampir 40 tahun bergelumang di gelanggang politik sejak tahun 1988, “berkhidmat & berlawan” di akar umbi, saya ketagih juga lah nak ulas bila cuaca poltik tiba-tiba jadi panas.
Tapi sekadar mengulas perkara-perkara yang boleh jadi bahan menajam fikiran sahaja, kalaupun tidak boleh jadi petua nasihat.
Kemarin,bBila ada ahli-ahli politik melancar semula parti baharu yang bercitra kancil, saya terus baca falsafah parti itu dalam laman sesawangnya.
Menarik juga analogi dibuat tentang kehebatan si kancil memperdaya si buaya, yang mahu dijadikan teras falsafah perjuangan parti itu.
Tetapi cerita dongeng kancil menipu buaya tu walau dari satu sudut “mungkin” bagus, tetapi dalam banyak sudut ia tidak wajar menjadi falsafah perjuangan orang bijaksana lagi beriman di zaman AI ini.
Oleh kerana saya tak mahu pandai-pandai sendiri mengomentari hakikat falsafat tersebut, maka saya bertanya kepada “guru tidak bernyawa” yang non-partisan lagi tidak “bias” mengenai falsafah politik si kancil sebagaimana yang diceriterakan dalam “sastera” Melayu.
Jadi di sini saya kongsikan apa yang dia beritahu saya …
“Walaupun cerita “sang kancil menghitung buaya” mempunyai nilai warisan yang tinggi, cara sang kancil menggunakan penipuan dan muslihat memang tidak wajar dijadikan contoh ikutan untuk kanak-kanak.
Mari kita lihat watak sang kancil ini: Mengapa cara sang kancil tidak wajar dicontohi?
1. Menghalalkan Cara demi Matlamat:
Sang kancil mahu menyeberang sungai untuk makan buah-buahan (kehendak peribadi), lalu dia menipu buaya dengan alasan titah raja. Ini mengajar bahawa tidak mengapa menipu asalkan kita mendapat apa yang kita mahu.
2. Melanggar Kepercayaan (Pecah Amanah):
Buaya-buaya tersebut memberikan kerjasama kerana mempercayai arahan “Raja”. Sang Kancil telah menyalahgunakan kepercayaan tersebut demi kepentingan dirinya sendiri.
3. Definisi ‘Cerdik’ yang Salah:
Dalam dunia sebenar, kecerdikan yang berasaskan penipuan dan manipulasi orang lain dipanggil licik atau licik jahat, bukannya bijaksana.
Kata guru itu lagi, jangan mengangkat sang kancil sebagai “wira yang sempurna”. Dan bertanyalah pada akal yang bijaksana …
Betulkah cara tindakan kancil menipu buaya tu?
Apakah tidak ada cara lain yang lebih jujur untuk kancil seberang sungai tanpa perlu menipu?
Pada pendapat saya, sebagai sebuah parti yang baru diperbahàrui semangat dan citranya, saya rasa jangan lah watak kancil ini dijadikan falsafah perjuangan parti jika menginginkan sesuatu yang baik untuk rakyat.
Usah terjebak dengan mitos lama yang mungkin sesuai di zaman kuno itu..
Dan jangan jadi penerus kepada cerita mitos yang boleh di Salah Faham dan boleh Menyesatkan. Generasi Muda yang mahu di ajak berpolitik .
Jangan ditanam falsafah perjuangan yang keliru.
Jangan diajar jadi bijak dan pintar dengan cara yang salah yakni dengan menipu meski dinamai strategy what so ever
Sudahlah menipu cerita dongeng yang direka-reka dan tidak berpijak di bumi nyata. Kemudian mengajak orang lain mencontohi strategi dan langkah yang berdasarkan penipuan pula
Ini adalah falsafah perjuangan tidak bermoral .
Hakikat sebenar kancil tidak pernah menipu daya sang buaya. Ia cerita dongeng.
Masakan orang mengaji Oxford Cambridge mahu menjadikan cerita dongeng sebagai falsafah perjuangan politik untuk membina negara bertamadun.
Jika pun rak mahu guna falsafah dari Quran, carilah falsafah penulisan yang muktabar.
Falsafah sang kancil seperti itu bukan sahaja tidak sesuai diterap dalam pendidikan kanak-kanak, apa lagi dalam mendidk pejuang politik Malaysia yang sedang bangkit ini.
Lebih mendukacitakan lagi janganlah pula ada mana-mana orang politik tiba-tiba tampil memfitnah dan mengada-adakan kembali cerita si kancil menipu sang buaya.
Cukuplah dunia politik dikotori dengan fitnah sesama manusia. Usah ditambah pula dengan memfitnah binatang yang tak pernah menipu dan tidak pula pernah berbuat dosa.
Jika pun teringin mengambil falsafah hidup haiwan ciptaan Tuhan sebagai inspirasi perjuangan, boleh saja ambil citra sang semut atau labah-labah yang Allah nyatakan dalam Quran.
Kisah kancil tiada dalam Al-Quran untuk diiktibari, kerana Allah ciptakan dia antara lain untuk jadi makanan premium orang Melayu di kampung-kampung.