Pemimpin PH N9 berkumpul di kediaman rasmi MB cetus tanda tanya
Kelibat beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dilihat memasuki kediaman rasmi Menteri Besar pagi ini, mencetuskan spekulasi mengenai perkembangan politik di negeri itu.
Difahamkan, kehadiran mereka adalah bagi menghadiri satu mesyuarat khas, sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada pembubaran DUN bakal menjadi agenda utama.
Mesyuarat berkenaan diadakan selepas pengumuman pembubaran DUN Johor, dengan perhatian kini beralih kepada politik di Negeri Sembilan.
Bagaimanapun butiran lanjut mesyuarat itu tidak diketahui.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Shahir Mohd. Shah memaklumkan tiada sidang akhbar berkaitan akan dibuat hari ini.