Pas kuat di Pantai Barat, mengukuh di Sabah dan Sarawak? Sembang Nik Abduh cetus reaksi sinis
Keyakinan Pas terhadap pengaruh politiknya terus memuncak apabila Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa parti itu kini semakin kukuh bukan sahaja di Pantai Timur, malah di Pantai Barat serta Sabah dan Sarawak.
Menerusi satu kenyataan ringkas di media sosial, beliau berkata kekuatan Pas yang bermula di Pantai Timur kini hampir tidak lagi mempunyai perbezaan dengan kedudukannya di Pantai Barat.
“Kekuatan Pas bermula di pantai timur. Kini, hampir tiada bezanya lagi di pantai barat, bahkan Pas kian mengukuh di Sabah Sarawak,” katanya di Facebook hari ini.
Kenyataan itu bagaimanapun mengundang reaksi sinis netizen termasuk mengingatkan bahawa pengaruh sesebuah parti tidak boleh diukur semata-mata berdasarkan persepsi atau sokongan di media sosial.
Malah, Pas dilihat seperti bermimpi memandangkan parti itu berdepan cabaran besar untuk menembusi kawasan bandar pelbagai kaum yang menjadi benteng utama Pakatan Harapan (PH), khususnya di Lembah Klang, Pulau Pinang dan beberapa pusat ekonomi utama negara.
Corak politik
Rata-rata turut berpandangan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai landskap politik yang unik serta sentimen tempatan yang sering kali berbeza daripada corak politik di Semenanjung.
“Pas akan lingkup pada PRU-16. Orang dah nampak parti penunggang agama dan pimpinan Pas menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW yang telah dijanjikan syurga Allah.
“Boleh memerintah tapi tak tau nak buat apa.
“Kukuh apa menang pun satu kerusi Sabah dah berlagak.
“Kajian manalah lebai ni buat mengukuh di Sabah dan Sarawak,” demikian antara komentar netizen.
Bahkan, ada yang menyangkal fakta mengenai permulaan kekuatan Pas seperti didakwa Nik Abduh.
“Salah tu Nik Abduh. Sejarah sendiri pun gagal. Kekuatan Pas bermula di Semanggol, Perak dan berpindah ke Kedah pada awal penubuhan Pas.
“Dari Kedah ia bergerak ke Kelantan pada tahun 90-an. Terengganu baru bermula. Sendiri punya sejarah pun gagal faham macam mana nak tawan Putrajaya,” kata seorang pengguna Facebook lagi.
BACA JUGA Bayangkan kalau PMX berada di situ, ramai ‘terkejut’ lihat Pas masuk gereja