Padah berlumba hingga 4 nyawa melayang, polis reman remaja pandu Mercedes Benz
Pihak polis telah menahan reman pemandu Mercedes Benz berusia 19 tahun yang disyaki berlumba dan memandu secara bahaya sehingga berlaku kemalangan maut membabitkan empat nyawa di Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang.
Mahkamah Majistret membenarkan reman selama dua hari terhadap suspek yang juga penuntut sebuah universiti di Singapura.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000 jika sabit kesalahan.
Suspek didakwa berlumba bersama abangnya, 22, yang memandu BMW 530e. Kereta dipandu abangnya terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh beberapa buah kenderaan sebelum terjatuh ke dalam gaung.
Akibat rempuhan itu, empat orang meninggal dunia. Kesemua mereka yang maut dilaporkan dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke Kota Tinggi.