Pas masih ulang resipi lama menjelang PRN Johor

Naratif kempen Perikatan Nasional (PN) khususnya Pas yang sering memainkan slogan “undi BN dapat DAP” kembali menjadi perhatian menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pemerhati politik, Aman Muhammad berpendapat Pas masih menggunakan pendekatan kempen yang sama walaupun strategi tersebut dilihat gagal menarik sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning sebelum ini.

Menurutnya, ketika PRK Ayer Kuning, Pas memberi tumpuan kepada naratif bahawa undi kepada Barisan Nasional (BN) akan menguntungkan DAP tetapi kempen berkenaan tidak memberikan hasil yang diharapkan.

Beliau berkata, calon Pas kalah teruk dalam PRK pada 26 April tahun lalu itu malah gagal menguasai sebahagian besar peti undi Melayu.

Sentimen kebencian

Aman turut merujuk kepada pandangan beberapa penganalisis politik yang menyifatkan sebahagian pengundi Melayu semakin jemu dengan kempen berasaskan sentimen kebencian dan serangan terhadap pihak lawan.

Katanya, pengundi kini lebih cenderung menilai tawaran dasar, rekod pentadbiran dan penyelesaian kepada isu rakyat berbanding retorik politik yang bersifat menyerang.

“Parti lain berkempen cari pengundi. Pas berkempen cari tahi babi,” tempelaknya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau berpandangan Pas masih belum mengambil iktibar daripada keputusan PRK Ayer Kuning dan terus mengulangi naratif yang sama menjelang PRN Johor.

Susulan itu, beliau secara sinis meramalkan pendekatan Pas berkenaan berpotensi memberi kesan negatif kepada parti tersebut.

“Pas masih tidak belajar dari kesilapan. Insya-Allah. Pas akan kalah di majoriti peti undi Melayu.

“Sama-sama kita doakan. Johor Aman Tanpa Pas.

“Rakyat Johor tolak Pas Penghina Islam, Penghina Sahabat Nabi,” katanya lagi.

BACA JUGA Tampar atau usap? Cucu Tok Guru Nik Aziz, bekas Senator Umno beri penjelasan berbeza