Tular aksi melampau pasangan dalam kereta: Apa kata JPJ?
Aksi bahaya seorang lelaki yang memandu kereta dengan pasangan wanita tidak memakai tali pinggang keledar duduk menghadapnya sehingga tular di media sosial kini dalam radar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menurut Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian yang dihujani kecaman orang ramai itu.
“Tindakan akan diambil terhadap pemandu dan penumpang kereta terbabit.
“Siasatan masih berjalan dan selepas selesai kita akan mengeluarkan saman kepada mereka,” dipetik Harian Metro hari ini.
Sebelum ini, heboh di media sosial aksi pasangan yang memandu kereta dalam keadaan wanita terbabit melakukan aksi manja tanpa memakai tali pinggang keledar.
Bahkan, wanita berkenaan turut duduk bersandar pada papan pemuka kereta itu sekaligus mengundang risiko kecelakaan jalan raya.
BACA JUGA Ini sebabnya Johor perlu kerajaan sealiran dengan Putrajaya