Nak lari dari jem, sekali jem pula atas gunung

Berita mengenai beberapa insiden kehilangan pendaki kebelakangan ini ternyata tidak mematahkan semangat rakyat Malaysia untuk terus meneroka aktiviti pendakian.

Minat terhadap aktiviti lasak itu dilihat semakin meningkat apabila laluan pendakian di Gunung Datuk, Negeri Sembilan dipenuhi orang ramai.

Menerusi satu video yang dikongsikan pengguna TikTok, Aqstnaaaaa, kelihatan ratusan pendaki beratur panjang di laluan pendakian sehingga mencetuskan situasi sesak seperti “jem” di atas gunung.

“Pergi gunung nak lari daripada jem, jem ikut,” tulisnya menerusi kapsyen video tersebut.

Rakaman itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang terhibur melihat keadaan luar biasa berkenaan, selain mengakui lokasi pendakian popular kini semakin menjadi pilihan orang ramai pada hujung minggu dan musim cuti.

“Kalau dah crowded macam ini masih ada yang hilang lagi tak tahu lah,” komen Evelyn.

“Ya Allah, dalam hutan pun jem,” komen Jannah Jailani.

“Hutan, waterpark (taman tema air), bandar, pantai pun jem. Tidur je lah kat rumah,” komen Penghuni Mukabumi.

“Kalau tahu aku panjat gunung ni jual sandwich,” seloroh Irf’

BACA JUGA Azam Baki beri keterangan di Bukit Aman, nafi dakwaan ugut Albert Tei