Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung turun
Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatatkan penurunan bagi tempoh 4 Jun hingga 10 Jun.
Kementerian Kewangan dalam satu siaran media memaklumkan, RON97 turun 30 sen daripada RM4.65 kepada RM4.35.
RON95 tanpa subsidi turun 20sen daripada RM3.92 sen seliter kepada RM3.72 seliter.
RON95 bersubsidi (BUDI95) kekal pada harga RM1.99 seliter.
Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) kekal pada RM2.05 seliter serta Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.
Diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.
“Harga runcit Diesel di Semenanjung Malaysia serta harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi dan RON97 bagi minggu ini diturunkan berikutan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.
“Namun begitu, penurunan ini tidak menandakan pasaran petroleum global kembali stabil kerana konflik 100 hari dan perkembangan terkini di Asia Barat masih terdapat risiko tinggi harga minyak mentah dan produk petroluem kekal tinggi dalam jangka sederhana,” menurut kenyataan itu.
MOF berkata, Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.