Amoi Cina di Pasir Mas mengeluh 6 tahun bayar bil, paip keluar angin saja

Seorang penduduk di Pasir Mas, Kelantan berkongsi kecewaannya terhadap masalah bekalan air yang didakwa telah berlarutan selama enam tahun.

Menerusi video tular di media sosial, wanita berbangsa Cina itu mendakwa terpaksa mengangkut air minuman bersih setiap hari di rumah kakaknya kerana bekalan air paip di kediamannya tidak mengalir seperti sepatutnya.

Menurutnya, walaupun bayaran bekalan air terus dibuat, paip di rumahnya tidak mengeluarkan air bersih.

“Tengok ini. Ginilah hari hari duk punggah air. Sebotol air besar ni tahan lama mana ja kalau nak minum hari-hari. Acu tolong viralkan.

“La ni dunia viral, nak royak takdo ko orang nak tolong viral deh. Saya ni hari-hari duk punggoh air, mari rumah kak ni punggoh air ni. 

“Tak ada air area Pasir Mas tu, nak bagitahu 6 tahun dah duk bayar ke kepala meter dia tu, duk bayar bayar bukan sikit-sikit, banyak bayar. Cuba kira setahun tapi tak keluar air keluar angin jaa hah,” katanya dalam video berkenaan.

Wanita itu berkata, dia terpaksa mengangkut bekalan minuman bersih dari rumah kakaknya setiap hari.

Katanya, dia tidak dapat bergantung kepada air telaga kerana sumber berkenaan mengandungi minyak dan sukar dirawat untuk diminum.

“Lepastu nak minum air kena minum air rumah kakak kita, ni tadah air ni hari-hari duk main tadah air rumah orang nak minum air.

“Nak bagitahu haa macam mana kira ni. Acu tolong viral lah 6 tahun dah. Macam mana kira laaa hoo.. 

“Lepastu nak minum air telaga tak boleh sebab air telaga ada minyak penat nak tapis dah. Orang yang jual air tapis tu pun tak berani nak pasang. Nak bagitahu ni, sebab berminyak sangat-sangat. Haa nk bagitahu lah ni, cuba tolong viral cuba mai tolong sambung juga lah paip tu,” katanya.

Sambil meminta videonya ditularkan, wanita itu berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Ahli Parlimen Pasir Mas ialah Ahmad Fadhli Shaari. 

Isu bekalan air bersih di Kelantan merupakan antara masalah yang sering dibangkitkan penduduk yang sehingga kini masih tiada penyelesaian walaupun ditadbir puluhan tahun oleh Pas.

BACA JUGA 103 hari jadi pengerusi PN, Bersatu dakwa Samsuri gagal hingga Pas putus hubungan