Pelik kenapa SPR kena tunggu keputusan PRN Johor dahulu baru buat PRN N9?

Timbul tanda tanya mengapa Pilihan Raya Negeri Sembilan tidak diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri Johor.

Ia mencetuskan spekulasi bahawa perbezaan tarikh itu demi memberi kelebihan taktikal kepada parti politik tertentu.  

Dalam pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia hari ini, tarikh mengundi PRN Johor adalah pada 11 Julai, manakala tarikh mengundi Negeri Sembilan pula pada 1 Ogos.

Berbeza ketika PRN enam negeri pada 2023, SPR pada waktu itu berjaya melaksanakan pilihan raya secara serentak demi menjimatkan dana awam walaupun tarikh pembubaran DUN berbeza-beza.

Persoalan timbul mengapa SPR seolah-olah menunggu keputusan PRN Johor sebelum memulakan proses di Negeri Sembilan.

Pemerhati politik, Jason Yew menulis di Facebook, mendakwa tidak masuk akal apabila tarikh penamaan calon bagi Negeri Sembilan hanya bermula selepas proses pengundian di Johor tamat sepenuhnya.

Beliau menganggap ia sebagai tindakan melengahkan masa kerana kepimpinan Umno dan Pas di Negeri Sembilan masih berteka-teki berhubung pembentukan kerjasama di negeri tersebut. 

“Adakah jadual pilihan raya ini sengaja dicatur bagi menjadi ‘talian hayat’ kepada Umno dan Pas? Ia jelas memberi ruang, masa, dan kelebihan taktikal kepada kem tersebut untuk menjadikan keputusan PRN Johor sebagai ujian kayu pengukur sebelum mereka memuktamadkan sebarang keputusan gabungan di Negeri Sembilan.

“Perkara ini meletakkan kredibiliti Pengerusi SPR di bawah mikroskop rakyat. Umum sedia maklum akan latar belakang beliau yang pernah berkhidmat sebagai KSU di kementerian yang diterajui oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

“Hubungan lampau ini mewujudkan persepsi dan syak wasangka munasabah bahawa wujudnya “tangan ghaib” yang cuba mencatur institusi bebas ini,” katanya.

Beliau menggesa agsr Pengerusi SPR segera memberikan penjelasan mengapa kedua-dua PRN ini tidak disekalikan seperti PRN enam negeri tiga tahun lalu.

BACA JUGA RM16 juta dianggap membazir, tapi RM81.5 juta era PN & RM30 juta zaman Najib, kenapa ‘bisu’?