Pemimpin agama, cendekiawan Islam, ulama, mufti 31 negara berhimpun di KL

Kira-kira 1,500 pemimpin agama, ulama, sarjana, mufti, ahli akademik dan pembuat dasar dari 31 negara ASEAN berhimpun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Perhimpunan besar-besaran yang menghimpunkan cendekianwan Islam ini bersempena 4th Southeast Asia Scholars Council 2026 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Muslim World League (MWL).

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata penganjuran kali ini mencerminkan keyakinan masyarakat serantau terhadap peranan Malaysia sebagai pusat wacana ilmiah Islam yang berwibawa.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, persidangan ini bertujuan memupuk keharmonian, keamanan dan persefahaman dalam masyarakat pelbagai, di samping mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai platform dialog global yang diyakini dalam membincangkan isu berkaitan keamanan, pembangunan masyarakat dan kesejahteraan sejagat.

Sebanyak 18 pembentang dan panelis antarabangsa akan berkongsi pandangan berdasarkan empat tema utama, iaitu memperkukuh keharmonian sosial dan saling menghormati, memperkasakan belia melalui pendidikan dan kepimpinan, menangani cabaran semasa generasi muda serta memperkukuh peranan pemimpin agama dalam pembangunan dan pemerkasaan belia.