Menteri paling ‘perform’ dalam diam adalah Mat Sabu, semua pakat sokong
Prestasi kerja Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilihat meraih pujian orang ramai.
Beliau yang juga Presiden AMANAH disifatkan sebagai antara anggota Kabinet paling berkesan serta jarang mencetuskan kontroversi atau mencari publisiti.
Pandangan itu dikongsikan pengguna Threads, Hazuman Zainul, yang berpendapat Mohamad merupakan contoh menteri yang dalam diam paling berprestasi.
Menurutnya, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berjaya memastikan bekalan makanan asas negara kekal stabil walaupun berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan ketidaktentuan global.
“Bagi saya menteri paling perform dalam diam ialah Mat Sabu.
“Bekalan asas stok semua ok dan harga tiada kenaikan mendadak walaupun dalam krisis.
“Terima kasih Abang Mat dan team!” katanya yang mengakui dirinya merupakan penyokong Umno.
Beliau menambah Mohamad merupakan Menteri yang “cakap pun tak banyak tetapi kerja jalan”.
Bekalan terjamin
Rata-rata bersetuju dengan pandangan tersebut dengan turut menyifatkan kestabilan bekalan makanan dan kawalan harga ketika ini bukan sesuatu yang berlaku secara kebetulan.
Ramai melihat usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan selama ini mungkin kurang mendapat sorotan.
Namun, impaknya dirasai terus oleh rakyat terutama dalam memastikan bekalan keperluan harian kekal terjamin ketika dunia berdepan tekanan rantaian bekalan dan ketegangan geopolitik.
“Dah berapa tahun musim perayaan kita tak kecoh tiada stok barangan atau barang melambung naik harga.
“Saya sebagai peniaga setuju dengan kenyataan ini. Minyak bersepah, beras sentiasa ada. Telur harga terkawal. Dulu awal-awal memang saya bising, tapi segalanya jadi lebih baik.
“Telur pun harga tak menggila sangat, untuk saya pengguna saiz B, harga sekitar 38 sen hingga 45 sen sebiji, kira normal dari dulu.
“Paling menakjubkan bekalan bawang. Harga kekal.
“Betul tu. Setuju. Persiapan masakan Hari Raya rasa tenang je, sebab bahan mentah ada.
“Setuju. Masuk Speedmart minyak paket sentiasa ada, telur tak habis-habis, tak macam dulu kena masuk lima, enam kedai baru jumpa telur, itu pun mahal!
“Masa Raya pun tiada bunyi barang naik harga. Elok semua dapat membeli. Bekalan sentiasa ada. Allah rahmati orang yang bekerja dengan tunjuk hasil,” demikian antara luahan hati pengguna Threads.
BACA JUGA Tak mahu semeja dengan DAP tapi kini MB Johor dah duduk sebelah Anthony Loke