Kisah skandal 1MDB untuk mudah faham
Oleh AHMAD MURSI
Fasa 1: Penubuhan syarikat, buat hutang
Najib dan kerajaan tubuh 1MDB sebagai tabung pelaburan negara.
Kononnya nak buat pelaburan besar untuk untungkan negara.
Tapi duit itu datang dari mana?
1MDB pinjam duit dan terbit bon sampai hutang serta komitmennya cecah sekitar RM42 bilion.
SRC International pula pinjam RM4 bilion daripada KWAP dengan jaminan kerajaan.
Siapa kena bayar hutang itu?
Kerajaan Malaysia.
Kenapa?
Sebab 1MDB milik kerajaan. Kerajaan jadi penjamin. Bila 1MDB tak mampu bayar, kerajaan kena bayar.
Kerajaan bayar guna duit siapa?
Duit rakyat.

Fasa 2: Selewengkan dana
Lepas dapat duit besar itu, apa jadi?
DOJ Amerika Syarikat kata sekitar USD4.5 bilion, lebih RM20 bilion, diselewengkan daripada 1MDB.
Macam mana duit itu dipusing?
Duit dari 1MDB masuk ke syarikat luar negara. Lepas itu masuk akaun perantara. Lepas itu masuk syarikat lain.
Nama syarikat hampir sama dengan syarikat sebenar dikaitkan dengan urusniaga 1MDB, tetapi bukan syarikat yang sepatutnya terima duit tu.
Akhirnya sebahagian masuk akaun individu, termasuk akaun Najib.
Siapa yang susun kerja pusing duit itu?
Jho Low.
Dia bukan menteri. Dia bukan pegawai kerajaan.
Tapi menurut hakim, Jho Low bertindak sebagai proksi, perantara dan fasilitator kepada Najib dalam urusan 1MDB.
Maksudnya, Jho Low bukan sekadar orang luar yang bergerak sendiri.

Fasa 3: Najib disiasat, dibicara, dihukum
Kenapa Najib dipenjara?
Sebab dalam kes SRC, RM42 juta masuk ke akaun peribadi Najib.
SRC ini syarikat berkaitan 1MDB.
Najib kata duit itu derma Arab.
Mahkamah tak terima.
Sebab itu Najib dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Kes itu sahaja?
Tidak.
Dalam kes utama 1MDB, Najib juga didapati bersalah menyeleweng dana RM2.3 bilion.
Pada 26 Disember 2025, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion.
Kalau tak bayar, tambah 10 tahun lagi. Hukuman mula selepas habis tempoh penjara kes SRC.
Dana 1MDB juga didakwa digunakan untuk beli rumah mewah, kapal layar, barang kemas, karya seni dan biayai filem The Wolf of Wall Street oleh syarikat milik Riza Aziz, anak Rosmah.
Kenapa Najib yang kena?
Sebab masa itu dia Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dan duit masuk akaun peribadi dia.
Mahkamah juga mendapati Jho Low bertindak sebagai proksi kepada Najib.
Negara mana siasat?
Singapura 🇸🇬
Switzerland 🇨ðŸ‡
Amerika Syarikat 🇺🇸
UAE 🇦🇪
Luxembourg 🇱🇺
Hong Kong ðŸ‡ðŸ‡°
Malaysia 🇲🇾
Dana yang didakwa diseleweng bergerak melalui akaun syarikat dan bank di negara-negara ini.
Bila transaksi mencurigakan dikesan, akaun dibekukan dan siasatan dijalankan.
Sebab itu 1MDB bukan skandal kampung. Ini skandal besar satu dunia.

Fasa 4: Sampai bila negara kena tanggung?
1MDB pinjam sekitar RM42 bilion atas nama negara.
Kerajaan jadi penjamin. Bila 1MDB gagal bayar, kerajaan kena bayar.
Duit yang patut digunakan untuk negara didakwa diseleweng untuk politik, beli aset mewah dan masuk akaun peribadi.
Kerajaan sudah bayar lebih RM43 bilion. Angka yang pernah dilaporkan mencecah RM48.06 bilion.
Masih ada sekitar RM24.46 bilion liabiliti berkaitan 1MDB.
Kerajaan dapat semula sekitar RM31.2 bilion aset 1MDB antaranya hartanah, wang tunai, kapal layar dan lain-lain. tapi masih belum cukup untuk tutup semua beban.
Bila semua ini habis? Sebahagian bon matang sekitar 2039 hingga 2043.
Masa itu, budak sekolah hari ini mungkin sudah kerja. Mereka tak mengundi masa skandal ini berlaku. Tapi mereka tetap kena tanggung kesannya.
Sebab itu rakyat susah nak terima bila ada elit politik mahu bebaskan Najib macam skandal ini perkara kecil.
BACA JUGA Menteri paling ‘perform’ dalam diam adalah Mat Sabu, semua pakat sokong