PRN Johor: Peguam jadi taruhan DAP di DUN Mengkibol

DAP hari ini mengumumkan wajah baharu yang akan bertanding di DUN Mengkibol sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Dalam pengumuman malam ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, parti itu memilih seorang peguam wanita berusia 33 tahun untuk kerusi tersebut.

DAP memilih Chu Poh Yee untuk mempertahankan kerusi tradisi mereka yang sebelum ini disandang selama dua penggal oleh Chew Chong Sin.

Menurut Loke, Seramai 17 calon DAP yang akan bertanding akan diumum secara berperingkat-peringkat sehingga Isnin ini.

Chu Poh Yee adalah calon pertama yang diumumkan parti itu.

“Kemudian pada Sabtu ini empat lagi calon akan diumumkan melibatkan kerusi DUN Johor Jaya, Tiram, Senai dan Bukit Permai.

“Selebihnya akan diumumkan pada Isnin ini dalam satu program pengumuman Pakatan Harapan (PH) yang akan dihadiri Perdana Menteri,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi PH dalam sidang media malam ini .

Mengenai kerusi kontroversi di Puteri Wangsa Loke berkata DAP akan memberi laluan kepada parti komponen lain dalam PH untuk bertanding.

BACA JUGA Wan Fayhsal dedah punca PN gagal tubuh kerajaan, rupanya bukan punca DAP