AMANAH tidak tunggu lama, jentera Johor mula digerakkan habis-habisan
Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor dilihat semakin bersedia menghadapi pilihan raya negeri apabila jentera parti di Zon Selatan secara rasmi dilancarkan dalam satu himpunan yang berlangsung penuh semangat di Dewan KPIP, Taman Universiti, malam tadi.
Exco Pemuda AMANAH Nasional, Nur Hafiz Roslan berkata, program tersebut berjaya menghimpunkan pimpinan serta pendukung parti bersama gabungan Pakatan Harapan (PH) dari seluruh zon selatan dalam suasana yang menggambarkan kekuatan solidariti dan kesiapsiagaan menghadapi medan pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, kehadirannya ke majlis itu memberi peluang untuk melihat sendiri kesungguhan para pimpinan serta jentera parti yang komited memperkukuhkan gerak kerja politik di peringkat akar umbi.
Menurutnnya, semangat luar biasa yang dipamerkan para hadirin membuktikan bahawa kekuatan perjuangan sesebuah parti bukan hanya bergantung kepada pemimpin semata-mata.
“Semangat yang ditunjukkan oleh para hadirin membuktikan bahawa kekuatan sesebuah perjuangan terletak pada kesatuan, kerja berpasukan dan iltizam untuk terus mendekati rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.
Dalam masa sama, Nur Hafiz turut berharap pelancaran jentera tersebut menjadi titik permulaan kepada gerak kerja yang lebih tersusun, mantap dan berkesan dalam memastikan agenda perjuangan parti terus mendapat sokongan rakyat.
BACA JUGA Pertandingan sebenar di Johor bukan Pas-Bersatu