TMJ kongsi gambar pertemuan dengan Perdana Menteri di Istana Bukit Tunku
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail hari ini terima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku.
Foto pertemuan yang dikongsikan TMJ mencuri perhatian ramai.
Dalam perkongsian di Facebook, TMJ mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri.
“Terima kasih atas keperihatinan Perdana Menteri di atas perhubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri Johor demi kesejahteraan rakyat.” titah Baginda.
Pertemuan itu ketika TMJ pada semalam menyentuh mengenai hasil Johor yang dikutip Kerajaan Persekutuan, meminta agar dikembalikan sebahagian hasil secara muhasabah.
Baginda bertitah, Johor menyumbang lebih RM40 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi mendakwa hanya sekitar RM2 bilion hingga RM3 bilion dipulangkan semula kepada negeri.
Respon baginda itu sebagai mengulas kenyataan Anwar sebelum ini yang menyifatkan Johor sebagai negeri kaya tetapi berdepan masalah ‘kebocoran’.
BACA JUGA Teka teki terjawab, KM kata PRN Melaka selepas Johor dan Negeri Sembilan