Terkini PH pertaruhkan Suhaizan di Larkin, Maszlee Malik di Puteri Wangsa
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan barisan calon gabungan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Antara pemimpin yang menjadi tumpuan adalah bekas menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik yang bakal dipertaruhkan merebut kerusi Puteri Wangsa yang kini disandang Muda.
Turut disenaraikan ialah Suhaizan Kayat yang bakal dipertaruhkan di kerusi Larkin mewakili parti AMANAH.
PH akan bertanding 56 kerusi pada PRN Johor.
Setakat ini, DAP sudah mengumumkan lima calon iaitu peguam Chu Poh Yee untuk kerusi Mengkibol; Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kewangan Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Ketua Pemuda DAP Johor, Lee Wern Yiing (Johor Jaya); bekas penyandang Wong Bor Yang (Senai); serta pembantu khas Ahli Parlimen Kulai Mohamad Shafwan Ani (Bukit Permai).