Zahid bersuara, nafi ada arahan halang Onn Hafiz masuk Felda

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil bersuara selepas Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendakwa dihalang dari memasuki kawasan Felda 

Memetik Berita Harian, Ahmad Zahid menafikan perkara itu, menegaskan bahawa tiada sebarang arahan yang menghalang Onn Hafiz dari masuk ke kawasan Felda 

“Saya tidak pernah mengarahkan atau menghalang Menteri Besar Johor untuk masuk ke dalam kawasan Felda,” katanya ringkas memetik BH.

Onn Hafiz semalam mendedahkan beliau dihalang memasuki kawasan Felda bagi penyerahan geran hak milik kepada peneroka sempena sambutan Hari Peneroka Felda Negeri Johor 2026, hujung minggu lalu.

Susulan dakwaan tersebut, beberapa pemimpin PH mendesak Onn Hafiz  mendedahkan siapa individu yang menghalang beliau memasuki Felda sedangkan “orang kuat” Felda adalah pemimpin Umno sendiri.

BACA JUGA Onn Hafiz kena dedah siapa halang masuk Felda, adakah arahan Zahid?