Parti Bersama tak boleh menang pun, dendamnya hanya nak kalahkan PH
Parti Rafizi ini tak boleh menang pun di Johor. Tujuannya cuma satu: kacau undi PH supaya BN menang.
Cukup larikan 5% hingga 10% undi PH di kerusi marginal, PH kalah, BN menang, Rafizi lega. Itu sahaja fungsi politiknya.
Sebab itu saya rasa simbol kancil yang dipilih pun menggambarkan perihal mereka.
Dalam demokrasi, kalau nak membawa perubahan besar, parti politik mesti jadi “raja rimba” macam singa. Ada kekuatan, ada pengaruh, ada kemampuan membentuk kerajaan dan melaksanakan dasar.
Kalau parti itu kecil macam kancil, main di celah kangkang singa, dia bukan pemain utama. Dia cuma panjang akal untuk mengacau pihak lain.
Sekarang Rafizi datang dengan macam-macam formula baru. Rakyat tanya balik: masa jadi Menteri dulu, kenapa tak buat?
Bukan rakyat tak bagi peluang. Rakyat dah bagi jawatan. Dah masuk kerajaan. Dah jadi Menteri.
Tetapi apabila kalah pemilihan parti, dia keluar dan mula menyerang kerajaan yang dia sendiri pernah jadi sebahagian daripadanya.
Dia bukan kena pecat. Bukan kena dizalimi. Bukan kena penjara. Dia cuma kalah pemilihan parti.
Jadi rakyat berhak bertanya: Kalau segala formula ini hebat, kenapa tak dilaksanakan ketika ada kuasa?
Atau dia hanya jaguh formula apabila menjadi pembangkang? Sebab sesiapa pun boleh bercakap. Yang susah ialah melaksanakan.
Akhirnya, Bersama tak perlu menang pun. Cukup sekadar memecahkan undi PH. Ini parti Berpecah, bukan Bersama.
Kalau PH kalah, dia boleh berkata, “Tengok, aku penting.” Dendamnya pun terbalas. Tetapi parti yang hanya mampu mengganggu tanpa mampu membentuk kerajaan tidak akan mengubah negara.
Ia cuma menjadi alat untuk membantu rejim lama mengekalkan kuasa.
Jadi kalau ada yang mengundi Bersama kerana mahu menghukum PH, sebenarnya itu tidak lebih daripada membantu BN menang melalui pintu belakang.
BACA JUGA Zahid bersuara, nafi ada arahan halang Onn Hafiz masuk Felda